Himpunan Lawak Jenaka

Kisah Tok Kadi dan Pengantin di Terengganu

"Sebelum akad nikoh, tok kadi nok ngesoh name IC pengantin laki. Kadi kabo nok tanya soklang skit. Pengantin laki debor nyak nyak doh ning."
Kadi: Lame doh ke knal hok puang ni?
Pengantin: Dalam 2 tahun doh saya kenal dia ustak.
Kadi: Hoo molekla..mesti gi dating sokmo ork?
Pengantin: Kadang2 je ustak. Dia duk Teghanu, saya duk KL.
Kadi: Doh, dok jupe, org muda lening kalu ngorat duk wat sek sokmo la ni?
Pengantin: Manade Ustak! Harang kang tu! Astopirullah, wat sek mende Ustak.
Kadi: Bakpe harangnye? Kang ada niat nok nikoh? wat sekla...barang free!
Wali pengantin: Woii!! mung tok kadi! jgn wat aib anok nantu aku depang org rama gining!!!!
Kadi: Cer wak mari talipong mung aku nok cek. (Kadi mintak hp pengantin).
Pengantin: Tepon saya, ikut suka saya la nak save mende pong!!
Wali: Wi la ke ustak tepong mu Awang, takut mende kalu mu dok wat sek. **pengantin ketor abih pale lutut**
**Kadi muke meroh merang tahang maroh tengok isi tepong**
Kadi: Doh ni fail natang mende ni? wat sek la ning! ke orang panggil mende?
***Wali dgn jemputang bikah bangun bejerebak atah blakang kadi nok tgk fail dalam tepon pengantin".. rama-rama pakat kata, "Horrr..WHATSAPP!!"

Telinga Dibalut Kerana Luka

Seorang lelaki berjalan masuk menuju ke tempat kerjanya, dengan kedua-dua belah telinganya dibalut (seolah-olah luka).

Bosnya bertanya "Apa dah jadi dengan telinge kamu?"

Lelaki itu menjawab "Semalam, ketike saye sedang menyeterika baju, tiba-tiba telefon berdering dan saye dengan tak sengajanyer meletakkan seterika ke telinge."

Bos itu kemudian bertanya lagi, "Well, itu mungkin menyebabkan luka pada sebelah telinge. Tapi, apa dah jadi dengan telinga satu lagi?"

Lelaki itu menjawab,"Well, saye pon kene telefon doktor!"
Sent by: e-lawak posted on 01 April 2014

Gigi Atok Tinggal Dua Batang

Pada suatu petang Ani yang berumur lima tahun sedang berehat di bawah pokok rambuatan bersama dengan datuknya sambil menikmati buah rambutan yang baru dipetik mereka. Dilihatnya begitu payah untuk datuknya memakan buah rambutan itu kerana giginya hanya tinggal dua batang sahaja. Lalu Ani pun bertanya kepada atoknya,

Ani: "Atok kenapa gigi atok tinggal dua batang saja?"
Atok: "Ani, atok kan dah tua jadi orang tua semakin lama semakin sikit je gigi dia."
Ani: "Ooo macamtu ke. Jadi kalau orang yang tiada gigi kira lebih tua dari atok ye.."
Atok: "Kiranya macam tu la. Kenapa Ani tanya atok macam tu?"
Ani: "Saje je, tapi atok Ani rasa kan kalau macam itu adik Ani lebih tua la dari atok."
Atok: "Kenapa pulak Ani cakap macam tu?"
Ani: "Ye la,kan adik Ani takde gigi kiranya dia lebih tua dari atok la."
Atok: (dalam hati) "Alahai cucu atok.."
Sent by: e-lawak posted on 31 March 2014

Makhluk Asing Mendarat ke Bumi

Kelihatan dua makhluk asing sedang bersiap sedia untuk mendarat ke bumi.

"Kao dah siap barang barang untuk kiter pi bumi?" tanyer komander pader rakannyer.

"Sudah tuan.. sumer sudah ready.. tinggal nak land je," jawab sorang lagik.

"Ok bagus.. cumer tinggal satu lagik yang kiter nak kener bereskan sebelom mendarat," balas komander alien tu.

"Oh ye ke? Aper tu, Tuan?"

"Kiter kener turun menyerupai makhluk bumi... takkan kiter nak turun dengan ruper kiter camnie... nanti makhluk bumi tu mesti tangkap dan buno kiter," jawab komander alien tu.

"Tapi tuan camner kiter nak menyerupai diorang paderhal kiter tak pernah nampak diorang?" tanyer sorang tu lagik.

"Ah yang tu kao jangan bimbang...kiter land secara senyap senyap, pastu kiter sembunyik kat one corner, kiter tunggu makhluk diorang keluar, pastu on the spot kiter copy dan menyerupai diorang lah.." jelas komander.

"Wah bagus tu cadangan tuan, amat bernas sekali usulan itu."

Mereka pun terus mendarat ke satu kawasan tanaman padi. Dengan senyap senyap mereka kuar dari spaceship dan sembunyik di belakang semak. Tak lamer kemudian mereka pun ternampak dua makhluk bumi di hujung sawah. Dengan menggunerkan teknologi terkini mereka pun menyerupai dua makhluk bumi. Mereka keluar dari tempat persembunyian dan berjalan ke arah dua penduduk bumi yang sedang bekerja. Kerana bentuk tubuh badan mereka yang samer, penduduk bumi itu tidak sedikitpun meraser hairan dengan kehadiran mereka. Mereka bersuara konon konon bertanyer arah jalan, tapi tidak dilayan.

Tiba tiba.. mereka terdengar bunyik riuh di belakang, mereka pun toleh dan nampak sekumpulan makhluk bumi yang lain sedang berlari ke arah mereka. Sementara itu makhluk bumi yang dua nie terus menghilangkan diri.

"Ah cepat... cepat... jangan kasi dia lari!!" seorang daripader makhluk bumi itu meneriak pader rakan rakannyer.

Kedua dua makhluk asing ini tercegat. Mereka tidak tahu aper yang telah terjadi.

"Ahhhhh dapat jugak! Kalao korang sumer nak tahu inilah dua ekor kerbau liar yang asek makan padi padi aku.. Ok kiter bawak ke kampung.. kiter sembelih nie dua ekor kerbau."

Pak Salleh memberitahu orang orang kampung sambil mengikat leher kedua dua makhluk asing yang baghal.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen,terima kasih