Saturday 3 May 2014

Bahaya air-cond kereta!


Benda pertama yang akan saya care kalo naik kereta ialah radio..alahai, tak boleh sungguh duk dalam kereta yang senyap sunyi..lepas tu, air-cond..mesti kena ON, dan halakan ke muka saya!

hari ni, duk surfing google terbaca pasal keburukan air-cond..adeh..scary la pulak..ni ape yang saya copy paste dari blog tersebut:

"...........Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita........"

so lepas ni, saya akan pastikan tingkap dibuka sebelum ON aircond..tapi cepat-cepat tutup semula sebab pencemaran dari asap di jalanraya pun 2x5 je bahayanya!


pencemaran ada dimana-mana..pandai-pandailah jaga diri ye :)

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen,terima kasih